Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
E-folio Komunikasi dan penyiaran Islam Sesi Dis 2017
Nama Pensyarah:
Ustazah Cik Razana Binti Mohd Kasim
Nama kumpulan:
Norfasihah Binti Hashim 02DTM15F2070
Nur Amira Binti Mohd 02DTM15F2051
Nurul Ainun Binti Othman 02DTM15F2013
Puteri Aida Afiqah Binti Awang Kamarul 02DTM15F2004
Nur Izza Farhana Binti Ishak 02DTM15F2002
PENDAHULUAN
Peribahasa Melayu ada berkata, “bahasa menunjukkan bangsa”. Maksudnya, daripada bahasa orang dapat mengenal kita. Makna ini sangat luas. “Bahasa” dalam peribahasa ini tidak hanya bererti bahasa sebagai sistem linguistik yang terdiri daripada lambang-lambang bunyi (fonetik atau fonem) yang disusun dalam bentuk perkataan dan seterusnya dalam bentuk kalimat atau ayat. “Bahasa” merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai system perhubungan sosial dalam masyarakat. Ahli antropologi budaya dan antropologi sosial lebih tertarik untuk mengkaji bahasa dari segi itu daripada mengkaji bahasa dari segi sistem atau struktur linguistiknya semata-mata. Melalui peribahasa ini, kita dapat mempelajari dua aspek penting tentang hubungan antara bahasa dengan orang atau bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa asalnya. Pertama, cara kita menggunakan bahasa Melayu atau ragam tertentu bahasa Melayu menunjukkan kelakuan budaya, sosial atau taraf sosial kita dalam masyarakat. Orang Melayu melihat bahasa sebagai sistem budaya. Bahasa yang baik atau betul tidak hanya bererti baik atau betul dari segi peraturan tatabahasanya tetapi lebih penting lagi adalah dari segi peraturan sosial, budaya atau adatnya. Ungkapan “tahu bahasa” bererti “tahu adat”, dan ungkapan “tak tahu bahasa” bererti “tak tahu adat.” Jadi, orang Melayu yang tahu bahasa, atau tahu adat berbahasa, tidak akan menggunakan bahasa yang salah (dari segi peraturan sosialnya) apabila berkomunikasi atau berbual dengan orang tua mereka atau ketua masyarakat. Mereka tidak akan menggunakan ganti nama seperti “engkau”,“aku”, “kamu” apatah lagi ganti nama bahasa Inggeris “you” dan “I”, dan bahasa yang kesat, kasar, bahasa mencarut, ragam slanga dan sebagainya. Status sosial dan kelakuan budaya atau adat mereka dapat diketahui melalui bahasa. Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan “bangsa” dalam peribahasa ini, yakni “jenis” atau “kelas” sosial orang itu. Kedua, bahasa ialah penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa.
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA
Dalam bahasa Melayu ada peribasa “bahasa menunjukkan
bangsa”. Kata “bangsa” di situ tidaklah menujuk kepada erti “bangsa” yang
sekarang popular , iaitu sama ertinya dengan nation, walaupun ketika peribahasa
itu diterjemahkan ke dalam bahasa Sunda dan digunakan dalam bahasa Sunda,
ertinya menjadi berubah kerana dalam bahasa Sunda erti kata bangsa hanya
menunjuk kepada nation. Sedangkan kita saksikan sendiri tidak semua bangsa
mempunyai bahasa yang khas. Banyak bangsa yang mempergunakan bahasa yang lain,
misalnya bangsa Amerika menggunakan bahasa Inggeris, bangsa Kanada menggunakan
bahasa Inggris dan Prancis, bangsa Swiss mempergunakan bahasa Prancis, Jerman,
dan Italia. Bangsa India mempergunakan bahasa Inggeris di samping mempergunakan
belasan bahasa lain yang merupakan bahasa ibu di daerah-daerah tertentu.
Memang, erti bangsa dalam peribahasa “bahasa menunjukkan
bangsa” itu bukan bererti nation, tetapi “bangsa” seperti yang kita pakai dalam
perkataan “bangsawan”, “orang berbangsa”, iaitu menunjuk kepada golongan
masyarakat atas dalam masyarakat Melayu pada waktu itu. Kaum “bangsawan” adalah
golongan ningrat yang dianggap kedudukan sosialnya lebih tinggi daripada kaum
petani, pedagang, atau tukang. Sebagai kaum ningrat, mereka menganggap perlu
mendidik anak-anaknya agar belajar “berbahasa”. Ertinya, mempelajari bahasa
secara baik, sesuai dengan sopan santun pada waktu itu. Sedangkan golongan yang
bukan berbangsa, iaitu yang bukan “orang berbangsa” tidaklah dianggap perlu
untuk belajar mempergunakan bahasa secara khusus. Mereka dianggap cukup sekadar
dapat berbicara dan pembicaraan difahami masyarakatnya.
Contoh nyata tentang peribahasa “bahasa menunjukkan bangsa”
adalah Amir Hamzah, penyair Pudjangga Baru yang mati muda. Amir adalah anak
kepada Sultan Langkat, jadi dalam
masyarakat Melayu Amir termasuk “orang berbangsa”. Sebagai “orang berbangsa”
sejak kecil Amir belajar berbahasa dengan intensif antara lain dengan membaca
karya-karya klasik dalam bahasa Melayu seperti “Hikayat Melayu”, “Gurindam Dua
Belas”, dan yang lain-lainnya yang menjadi isi perpustakaan istana yang isinya
kaya. Salah satu sarat menjadi “orang berbangsa” ialah tahu akan kekayaan
kesusastraannya. Ertinya, pendidikan berbahasa orang berbangsa bererti juga
mengenal kekayaan karya kesasteraan bangsanya. Kalau kita membaca karya-karya
Amir Hamzah kita tahu bahawa dia benar-benar mengenali kekayaan sastera
bangsanya — di samping itu juga sastera asing yang dia pelajari di bangku
sekolah Belanda yang ditempuhnya.
Dengan demikian, peribahasa “bahasa menunjukkan bangsa” itu
merujuk kepada cara bicara dan isi pembicaraan orang “berbahasa” yang berlainan
dengan cara bicara dan isi pembicaraan orang biasa. Ertinya, dengan mendengar
dan cara seseorang bicara, kita boleh mengetahui apakah dia orang berbahasa atau
hanya orang biasa.
Pemakaian bahasa tidak sekadar mempergunakan kata-kata yang
jelas ertinya, iaitu dapat difahami oleh orang lain, melainkan juga belajar
mempergunakan kata-kata sesuai dengan situasi dan dengan kesopanan masyarakat
tempatnya bicara. Dalam situasi tertentu ada kata-kata yang tak patut
diucapkan, walaupun erti kata tersebut sesuai dengan maksud si pembicara. Di
kalangan tertentu ada kata-kata yangtak boleh diucapkan walaupun kita anggap
kata itulah yang paling tepat untuk menyampaikan maksud kita.
Kalau ada orang yang tidak mematuhi ketentuan-ketentuan
kesopanan umum itu, orang itu akan dianggap bahwa dia bukan “orang berbahasa”.
Misalnya di dalam sidang parlimen, iaitu lembaga demokrasi yang terhormat,
tidaklah patut mengucapkan kata-kata makian seperti “bangsat”. Kalau ada
anggota parlimen yang mengucapkannya, kita tahu bahawa dia bukanlah “orang
berbahasa”. Ertinya, dia orang yang tidak tahu adat kesopanan yang menjadi ketetapan dalam lembaga seperti parlimen.
Terjadinya peristiwa anggota parlimen yang lulusan perguruan
tinggi mengucapkan kata “bangsat” dalam sidang rasmi menunjukkan bahawa
pelajaran “berbahasa” di negeri kita tidak berjalan sebagaimana mestinya.
Meskipun sudah lulus dari perguruan tinggi, ternyata ada anggota parlimen kita
yang (seharusnya) terhormat yang tidak tahu menempatkan kata-kata yang
diucapkannya. Dia tidak tahu mana kata yang patut diucapkan dan mana yang tidak
patut di dalam sidang parlimen yang terhormat. Jelas hal itu menunjukkan bahawa
pelajaran berbahasa kita di sekolah-sekolah tidak berhasil mendidik muridnya
untuk menjadi orang “berbahasa” — meskipun sudah terpilih oleh konstituennya
menjadi anggota lembaga yang terhormat.
CARA-CARA MENGEKALKAN BAHASA
Mengingatkan masyarakat pentingnya peranan berbicara dalam bahasa
yang betul dapat mengekalkan talian persaudaraan antara satu sama lain. Tidaklah
mengherankan jika berlakunya selisih faham antara seorang kerana penggunaan
bahasa yang tidak elok. Sebaha gian keyakinan tradisional tentang penggunaan
bahasa yang baik telah berkembang selama ini bertahun kukuh tanpa informasi
yang tepat untuk menunjang ataupun menentangnya–sebagai contoh ada keyakinan
yang telah diterima secara luas bahawa sebahagian orang dilahirkan dengan sifat
yang lebih menjaga bahasanya dengan masyarkat
dibanding yang lainnya. Kesimpulannya, sudah menjadi kenyataan yang
diterima masyarakat bahawa tidak ada yang dapat dilakukan untuk mengubah ciri-ciri
ini. Pada zaman dulu perbezaan bahasa ditentukan oleh pangkat atau darjat
dimana orang “berbangsa” sahaja perlu mempelajari bahasa manakala golongan
bawahan dianggap tidak perlu mempelajari bahasa.
Faktor
dari orang tua juga menjadi salah satu peranan untuk meningkatkan penggunaan
bahasa yang baik dalam kalangan anak-anak muda masa kini. Apabila seseorang
tidak diberikan pendedahan tentang pentingnya cara berbahasa, maka terjadilah
suatu yang patut disesali, dimana mereka akan mulai memainkan suatu yang
mencetus kepada perkara tertentu, dan
lupa bahawa sesungguhnya penggunaan bahasa adalah sangat penting. Kini sebagai
orang tua mereka memiliki tanggung jawab untuk menjadi lebih baik untuk
dijadikan contoh kepada anak anak. . Beban tanggung jawab yang berat ini
merupakan tantangan bagi orang tua di mana mereka merasa bahawa mereka harus
selalu bersikap konsisten dalam perasaan-perasaan mereka, harus selalu menyayangi
anak-anak, harus menerima dan bersikap toleran tanpa syarat, dan yang
terpenting adalah menjaga penggunaan bahasa dan tidak boleh membuat
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang tua terhadap anaknya.
Selain itu, peranan sebagai seorang guru juga sebagai pihak lain yang
ikut terlibat dalam memupuk kepentingan berbahasa dalam kalangan masyarakat
masa kini. Guru memiliki peranan penting bahkan sering kali didapatkan, anak
lebih manurut pada perintah gurunya dari pada perintah orang tuanya. Hal
tersebut sah-sah saja, kerana memang guru memiliki banyak peranannya tidak
sebagai pengajar, tapi juga sebagai pendidik dan pembimbing.
Dalam perananya ini guru perlu mengusahakan diri agar dapat melaksanakan
semuanya. Ketika perananannya sebagai guru ia perlu yang harus dilakukannya,
meskipun bidang ini dapat tumpang tindih sifatnya, tetapi masing-masing
mempunyai tekanan perhatian dan pendekatan yang berbeza-beza.
PENUTUP
“Bangsa”
tidak lagi bererti “kelas sosial” atau “adat” orang itu tetapi sebagai entiti
atau kesatuan sosiopolitik atau tamadun supraetnik yang dalam bahasa Inggeris
disebut nation. Kita mengenal bangsa Melayu berdasarkan bahasa yang mereka
miliki dan gunakan. Bahasa inilah yang menjadi alat pembentuk tamadun bangsa
Melayu sepanjang sejarahnya. Bahasa inilah yang digunakan sebagai alat
pemikiran untuk menghasilkan ilmu dan karya-karya besar kesusasteraan dan seni
bangsa Melayu. Kita dapat memperluas makna peribahasa ini dengan memasukkan aspek
kecekapan berbahasa dari segi penguasaan peraturan linguistiknya sebagai salah
satu tanda kekuatan jati diri atau kemajuan tamadun bangsa Melayu. Banyak
contoh di dunia yang menunjukkan sesuatu bangsa itu tidak maju adalah kerana
mereka tidak pandai lagi menggunakan bahasa sendiri sebagai alat pemikiran,
alat ilmu dan kemajuan bangsa; dan membiarkan fikiran atau minda mereka terus
dijajah oleh “budaya bahasa asing”, terutama bahasa bekas penjajah. Orang
Melayu di Malaysia nampaknya sedang menghadapi masalah tersebut. Rata-rata
orang Melayu lebih banyak menggunakan bahasa Melayu yang bercampur baur dengan
bahasa Inggeris, dalam lebih 75%
komunikasi lisan setiap hari, baik dalam komunikasi sosial yang biasa mahupun
dalam komunikasi formal. Hal ini menunjukkan mereka tidak menganggap bahasa
Melayu penting sebagai alat pemikiran dan kemajuan bangsa Melayu, atau mereka
tidak pandai berfikir dalam bahasa Melayu yang baik dan bermutu. Boleh jadi
juga, pendidikan bahasa Melayu di sekolah tidak berjaya menanamkan kesedaran
terhadap pentingnya bahasa ini sebagai alat pemikiran, alat budaya dan alat
kemajuan bangsa dan negara. Tidak semestinya kita menggunakan “bahasa sastera”
dalam situasi rasmi, tetapi ini tidak bererti kita mesti menggunakan bahasa
yang salah. Bahasa yang salah dan bercelaru biasanya lahir daripada otak atau
minda manusia yang bercelaru, tidak mendalam dan tidak cerdik. Ini juga tanda
bahawa bangsa itu tidak “maju akal dan fikiran”. Pendek kata, memang benar bahawa bahasa
menunjukkan bangsa.
SUMBER RUJUKKAN
1. https://rubrikbahasa.wordpress.com/2010/04/10/bahasa-menunjukkan-bangsa/
2. abiklunik.blogspot.my/2013/03/alinea-bahasa-menunjukkan-bangsa.html
3. ationalgeographic.co.id/berita/2015/02/karena-bahasa-menunjukkan-bangsa
4. http://pelitaku.sabda.org/node/853
5. https://www.kamusbesar.com/bahasa-menunjukkan-bangsa
SUMBER RUJUKKAN
1. https://rubrikbahasa.wordpress.com/2010/04/10/bahasa-menunjukkan-bangsa/
2. abiklunik.blogspot.my/2013/03/alinea-bahasa-menunjukkan-bangsa.html
3. ationalgeographic.co.id/berita/2015/02/karena-bahasa-menunjukkan-bangsa
4. http://pelitaku.sabda.org/node/853
5. https://www.kamusbesar.com/bahasa-menunjukkan-bangsa