Thursday, 4 January 2018


                                               Image result for bahasa menunjukkan bangsa


Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
E-folio Komunikasi dan penyiaran Islam Sesi Dis 2017


Nama Pensyarah:

Ustazah Cik Razana Binti Mohd Kasim


Nama kumpulan:

Norfasihah Binti Hashim 02DTM15F2070
Nur Amira Binti Mohd 02DTM15F2051
Nurul Ainun Binti Othman 02DTM15F2013
Puteri Aida Afiqah Binti Awang Kamarul 02DTM15F2004
Nur Izza Farhana Binti Ishak 02DTM15F2002


                                                Image result for bahasa menunjukkan bangsa

PENDAHULUAN

Peribahasa Melayu ada berkata, “bahasa menunjukkan bangsa”. Maksudnya, daripada bahasa orang dapat mengenal kita. Makna ini sangat luas. “Bahasa” dalam peribahasa ini tidak hanya bererti bahasa sebagai sistem linguistik yang terdiri daripada lambang-lambang bunyi (fonetik atau fonem) yang disusun dalam bentuk perkataan dan seterusnya dalam bentuk kalimat atau ayat. “Bahasa” merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai system perhubungan sosial dalam masyarakat. Ahli antropologi budaya dan antropologi sosial lebih tertarik untuk mengkaji bahasa dari segi itu daripada mengkaji bahasa dari segi sistem atau struktur linguistiknya semata-mata. Melalui peribahasa ini, kita dapat mempelajari dua aspek penting tentang hubungan antara bahasa dengan orang atau bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa asalnya. Pertama, cara kita menggunakan bahasa Melayu atau ragam tertentu bahasa Melayu menunjukkan kelakuan budaya, sosial atau taraf sosial kita dalam masyarakat. Orang Melayu melihat bahasa sebagai sistem budaya. Bahasa yang baik atau betul tidak hanya bererti baik atau betul dari segi peraturan tatabahasanya tetapi lebih penting lagi adalah dari segi peraturan sosial, budaya atau adatnya. Ungkapan “tahu bahasa” bererti “tahu adat”, dan ungkapan “tak tahu bahasa” bererti “tak tahu adat.” Jadi, orang Melayu yang tahu bahasa, atau tahu adat berbahasa, tidak akan menggunakan bahasa yang salah (dari segi peraturan sosialnya) apabila berkomunikasi atau berbual dengan orang tua mereka atau ketua masyarakat. Mereka tidak akan menggunakan ganti nama seperti “engkau”,“aku”, “kamu” apatah lagi ganti nama bahasa Inggeris “you” dan “I”, dan bahasa yang kesat, kasar, bahasa mencarut, ragam slanga dan sebagainya. Status sosial dan kelakuan budaya atau adat mereka dapat diketahui melalui bahasa. Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan “bangsa” dalam peribahasa ini, yakni “jenis” atau “kelas” sosial orang itu. Kedua, bahasa ialah penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa.



                                                      Image result for bahasa menunjukkan bangsa 




BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA


Dalam bahasa Melayu ada peribasa “bahasa menunjukkan bangsa”. Kata “bangsa” di situ tidaklah menujuk kepada erti “bangsa” yang sekarang popular , iaitu sama ertinya dengan nation, walaupun ketika peribahasa itu diterjemahkan ke dalam bahasa Sunda dan digunakan dalam bahasa Sunda, ertinya menjadi berubah kerana dalam bahasa Sunda erti kata bangsa hanya menunjuk kepada nation. Sedangkan kita saksikan sendiri tidak semua bangsa mempunyai bahasa yang khas. Banyak bangsa yang mempergunakan bahasa yang lain, misalnya bangsa Amerika menggunakan bahasa Inggeris, bangsa Kanada menggunakan bahasa Inggris dan Prancis, bangsa Swiss mempergunakan bahasa Prancis, Jerman, dan Italia. Bangsa India mempergunakan bahasa Inggeris di samping mempergunakan belasan bahasa lain yang merupakan bahasa ibu di daerah-daerah tertentu.

Memang, erti bangsa dalam peribahasa “bahasa menunjukkan bangsa” itu bukan bererti nation, tetapi “bangsa” seperti yang kita pakai dalam perkataan “bangsawan”, “orang berbangsa”, iaitu menunjuk kepada golongan masyarakat atas dalam masyarakat Melayu pada waktu itu. Kaum “bangsawan” adalah golongan ningrat yang dianggap kedudukan sosialnya lebih tinggi daripada kaum petani, pedagang, atau tukang. Sebagai kaum ningrat, mereka menganggap perlu mendidik anak-anaknya agar belajar “berbahasa”. Ertinya, mempelajari bahasa secara baik, sesuai dengan sopan santun pada waktu itu. Sedangkan golongan yang bukan berbangsa, iaitu yang bukan “orang berbangsa” tidaklah dianggap perlu untuk belajar mempergunakan bahasa secara khusus. Mereka dianggap cukup sekadar dapat berbicara dan pembicaraan difahami masyarakatnya.

Contoh nyata tentang peribahasa “bahasa menunjukkan bangsa” adalah Amir Hamzah, penyair Pudjangga Baru yang mati muda. Amir adalah anak kepada  Sultan Langkat, jadi dalam masyarakat Melayu Amir termasuk “orang berbangsa”. Sebagai “orang berbangsa” sejak kecil Amir belajar berbahasa dengan intensif antara lain dengan membaca karya-karya klasik dalam bahasa Melayu seperti “Hikayat Melayu”, “Gurindam Dua Belas”, dan yang lain-lainnya yang menjadi isi perpustakaan istana yang isinya kaya. Salah satu sarat menjadi “orang berbangsa” ialah tahu akan kekayaan kesusastraannya. Ertinya, pendidikan berbahasa orang berbangsa bererti juga mengenal kekayaan karya kesasteraan bangsanya. Kalau kita membaca karya-karya Amir Hamzah kita tahu bahawa dia benar-benar mengenali kekayaan sastera bangsanya — di samping itu juga sastera asing yang dia pelajari di bangku sekolah Belanda yang ditempuhnya.

Dengan demikian, peribahasa “bahasa menunjukkan bangsa” itu merujuk kepada cara bicara dan isi pembicaraan orang “berbahasa” yang berlainan dengan cara bicara dan isi pembicaraan orang biasa. Ertinya, dengan mendengar dan cara seseorang bicara, kita boleh mengetahui apakah dia orang berbahasa atau hanya orang biasa.


                                                 Image result for bahasa menunjukkan bangsa


Pemakaian bahasa tidak sekadar mempergunakan kata-kata yang jelas ertinya, iaitu dapat difahami oleh orang lain, melainkan juga belajar mempergunakan kata-kata sesuai dengan situasi dan dengan kesopanan masyarakat tempatnya bicara. Dalam situasi tertentu ada kata-kata yang tak patut diucapkan, walaupun erti kata tersebut sesuai dengan maksud si pembicara. Di kalangan tertentu ada kata-kata yangtak boleh diucapkan walaupun kita anggap kata itulah yang paling tepat untuk menyampaikan maksud kita.

Kalau ada orang yang tidak mematuhi ketentuan-ketentuan kesopanan umum itu, orang itu akan dianggap bahwa dia bukan “orang berbahasa”. Misalnya di dalam sidang parlimen, iaitu lembaga demokrasi yang terhormat, tidaklah patut mengucapkan kata-kata makian seperti “bangsat”. Kalau ada anggota parlimen yang mengucapkannya, kita tahu bahawa dia bukanlah “orang berbahasa”. Ertinya, dia orang yang tidak tahu adat kesopanan yang  menjadi ketetapan dalam lembaga seperti parlimen.


Terjadinya peristiwa anggota parlimen yang lulusan perguruan tinggi mengucapkan kata “bangsat” dalam sidang rasmi menunjukkan bahawa pelajaran “berbahasa” di negeri kita tidak berjalan sebagaimana mestinya. Meskipun sudah lulus dari perguruan tinggi, ternyata ada anggota parlimen kita yang (seharusnya) terhormat yang tidak tahu menempatkan kata-kata yang diucapkannya. Dia tidak tahu mana kata yang patut diucapkan dan mana yang tidak patut di dalam sidang parlimen yang terhormat. Jelas hal itu menunjukkan bahawa pelajaran berbahasa kita di sekolah-sekolah tidak berhasil mendidik muridnya untuk menjadi orang “berbahasa” — meskipun sudah terpilih oleh konstituennya menjadi anggota lembaga yang terhormat.





CARA-CARA MENGEKALKAN BAHASA

Meningkatnya kefahaman tentang penggunaan bahasa , diharapkan mampu mempengaruhi peningkatan penggunaan bahasa yang baik dalam kalangan penduduk setempat. Peneliti pun berupaya meningkatkan pemahaman tentang penggunaan bahasa yang baik melalui pemberian ceramah dalam pentingnya penggunaan bahasa yang baik dalam kalangan masyarakat setempat dan bidang bimbingan peribadi (guru kaunseling). Peneliti memilih menggunakan pemberian ceramah kerana  bertujuan membekalkan  individu dengan berbagai pengetahuan tentang lingkungan yang diperlukan untuk memecahkan masalah yang dihadapi berkenaan dengan lingkungan sekitar,pendidikan, jabatan, maupun sosial budaya dalam penggunaan bahasa yang betul.


                                                                 Image result for bahasa menunjukkan bangsa

Mengingatkan masyarakat pentingnya peranan berbicara dalam bahasa yang betul dapat mengekalkan talian persaudaraan antara satu sama lain. Tidaklah mengherankan jika berlakunya selisih faham antara seorang kerana penggunaan bahasa yang tidak elok. Sebaha gian keyakinan tradisional tentang penggunaan bahasa yang baik telah berkembang selama ini bertahun kukuh tanpa informasi yang tepat untuk menunjang ataupun menentangnya–sebagai contoh ada keyakinan yang telah diterima secara luas bahawa sebahagian orang dilahirkan dengan sifat yang lebih menjaga bahasanya dengan masyarkat  dibanding yang lainnya. Kesimpulannya, sudah menjadi kenyataan yang diterima masyarakat bahawa tidak ada yang dapat dilakukan untuk mengubah ciri-ciri ini. Pada zaman dulu perbezaan bahasa ditentukan oleh pangkat atau darjat dimana orang “berbangsa” sahaja perlu mempelajari bahasa manakala golongan bawahan dianggap tidak perlu mempelajari bahasa.

Faktor dari orang tua juga menjadi salah satu peranan untuk meningkatkan penggunaan bahasa yang baik dalam kalangan anak-anak muda masa kini. Apabila seseorang tidak diberikan pendedahan tentang pentingnya cara berbahasa, maka terjadilah suatu yang patut disesali, dimana mereka akan mulai memainkan suatu yang mencetus kepada  perkara tertentu, dan lupa bahawa sesungguhnya penggunaan bahasa adalah sangat penting. Kini sebagai orang tua mereka memiliki tanggung jawab untuk menjadi lebih baik untuk dijadikan contoh kepada anak anak. . Beban tanggung jawab yang berat ini merupakan tantangan bagi orang tua di mana mereka merasa bahawa mereka harus selalu bersikap konsisten dalam perasaan-perasaan mereka, harus selalu menyayangi anak-anak, harus menerima dan bersikap toleran tanpa syarat, dan yang terpenting adalah menjaga penggunaan bahasa dan tidak boleh membuat kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang tua terhadap anaknya.

Selain itu, peranan sebagai seorang guru juga sebagai pihak lain yang ikut terlibat dalam memupuk kepentingan berbahasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Guru memiliki peranan penting bahkan sering kali didapatkan, anak lebih manurut pada perintah gurunya dari pada perintah orang tuanya. Hal tersebut sah-sah saja, kerana memang guru memiliki banyak peranannya tidak sebagai pengajar, tapi juga sebagai pendidik dan pembimbing.
                  
Dalam perananya ini guru perlu mengusahakan diri agar dapat melaksanakan semuanya. Ketika perananannya sebagai guru ia perlu yang harus dilakukannya, meskipun bidang ini dapat tumpang tindih sifatnya, tetapi masing-masing mempunyai tekanan perhatian dan pendekatan yang berbeza-beza.





PENUTUP

“Bangsa” tidak lagi bererti “kelas sosial” atau “adat” orang itu tetapi sebagai entiti atau ke­satuan sosiopolitik atau tamadun supraetnik yang dalam bahasa Inggeris disebut nation. Kita mengenal bangsa Melayu berdasarkan bahasa yang mereka miliki dan gunakan. Bahasa inilah yang menjadi alat pembentuk tamadun bangsa Melayu sepanjang sejarahnya. Bahasa inilah yang digunakan sebagai alat pemikiran untuk menghasilkan ilmu dan karya-karya besar kesusasteraan dan seni bangsa Melayu. Kita dapat memperluas makna peribahasa ini dengan memasukkan aspek kecekapan berbahasa dari segi penguasaan peraturan linguistiknya sebagai salah satu tanda kekuatan jati diri atau kemajuan tamadun bangsa Melayu. Banyak contoh di dunia yang menunjukkan sesuatu bangsa itu tidak maju adalah kerana mereka tidak pandai lagi menggunakan bahasa sendiri sebagai alat pemikiran, alat ilmu dan kemajuan bangsa; dan membiarkan fikiran atau minda mereka terus dijajah oleh “budaya bahasa asing”, terutama bahasa bekas penjajah. Orang Melayu di Malaysia nampaknya sedang menghadapi masalah tersebut. Rata-rata orang Melayu lebih banyak menggunakan bahasa Melayu yang bercampur baur dengan bahasa Inggeris,  dalam lebih 75% komunikasi lisan setiap hari, baik dalam komunikasi sosial yang biasa mahupun dalam komunikasi formal. Hal ini menunjukkan mereka tidak menganggap bahasa Melayu penting sebagai alat pemikiran dan kemajuan bangsa Melayu, atau mereka tidak pandai berfikir dalam bahasa Melayu yang baik dan bermutu. Boleh jadi juga, pendidikan bahasa Melayu di sekolah tidak berjaya menanamkan kesedaran terhadap pentingnya bahasa ini sebagai alat pemikiran, alat budaya dan alat kemajuan bangsa dan negara. Tidak semestinya kita menggunakan “bahasa sastera” dalam situasi rasmi, tetapi ini tidak bererti kita mesti menggunakan bahasa yang salah. Bahasa yang salah dan bercelaru biasanya lahir daripada otak atau minda manusia yang bercelaru, tidak mendalam dan tidak cerdik. Ini juga tanda bahawa bangsa itu tidak “maju akal dan fikiran”.  Pendek kata, memang benar bahawa bahasa menunjukkan bangsa.

                                     Image result for bahasa menunjukkan bangsa








SUMBER RUJUKKAN

1. https://rubrikbahasa.wordpress.com/2010/04/10/bahasa-menunjukkan-bangsa/
2. abiklunik.blogspot.my/2013/03/alinea-bahasa-menunjukkan-bangsa.html
3. ationalgeographic.co.id/berita/2015/02/karena-bahasa-menunjukkan-bangsa
4. http://pelitaku.sabda.org/node/853
5. https://www.kamusbesar.com/bahasa-menunjukkan-bangsa

No comments:

Post a Comment